Wednesday, June 2, 2010

Yong tau foo halal di pasaran

Pekerja Hikmah Food, Nur Amira Awang menunjujukkan sebahagian daripada produk Yong Tau Foo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Menyedari makanan tradisi kaum Cina yong tau foo kurang dihasilkan oleh syarikat bumiputera, seorang pegawai kanan kewangan di sebuah entiti korporat terkemuka meninggalkan kerjaya lumayan itu.

Meskipun tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam bidang penghasilan makanan itu, Syed Abdullah Syed Hassani bersama dua rakan yang lain terpaksa melupakan kekangan itu.

Mereka menyifatkan, ia satu bidang perniagaan berpotensi kerana yong tau foo merupakan salah satu menu istimewa yang diminati kaum Melayu.

Sehubungan itu, Hikmah Food Specialities Sdn. Bhd. (Hikmah Food), ditubuhkan dan ia terlibat dalam aktiviti pembuatan pelbagai bebola dan kek ikan serta bahan lain yang berkaitan dengan menu makanan popular itu.

LINK ASAL : KOSMO ONLINE

5 comments:

  1. Saya cuba masukkan nama syarikat ni dlm carian status halal JAKIM tapi tak ada. Daftar dgn nama lain kee atau memang takde sijil halal. Dlm blogspot pun tak de logo halal...

    Tolong jelaskan.....

    ReplyDelete
  2. Kami pernah mendapat sijil Halal JAKIM tetapi telah expired. Kami dalam proses utk memperbaharui status halal selepas berpindah ke premis baru dlm jangka masa terdekat kerana persekitaran premis pengeluaran sekarang (berhampiran bengkel dan kawasan industri) menyukarkan proses pembaharuan sijil Halal.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin membuka kedai steamboat dipeneng. Mcm mana nak dapatkan barang sejuk beku? Ada penghantaran ke peneng ke?

    ReplyDelete
  4. kalau dah namanya org islam beli jer la, tak payah nak periksa halal. yg ada halal org cina tu belum tentu halal. jakim punya masalah ialah sijil halal utk org islam mmg susah nak keluar. kalau org kapir senang je bagi sijil halal walhal kapasitinya sama. tapi kapir jolok lebih kat jakim.

    ReplyDelete