Monday, January 4, 2010

Berminat Untuk Menjadi Ejen ?



Ramai di antara kita yang berminat untuk berniaga, namun masih tercari-cari apakah produk yang sesuai. Perniagaan Yong Tau Foo [ YTF ] / Steamboat boleh dijalankan berdasarkan tempat & Jenis pelanggan. Ia juga bergantung pada waktu perniagaan yang akan kita jalankan.

Perniagaan YTF boleh dimulakan dengan :

- Pasar Malam / Pasar Tani
- Restoran, medan selera, kafetaria 'shopping Complex'
- Kafetaria Pejabat
- Kantin Kilang
- Kantin sekolah / IPTA / IPTS
- Van bergerak
- Stall / warung / Gerai
- Mengikut kreativiti masing-masing.

Sejak dahulu sehingga Kini Hikmah Food Specialities akan terus membuka peluang kepada mana-mana individu yang komited untuk menjadi ejen & rakan niaga kami. Produk tersebut adalah berasaskan hasilan ikan > Yong Tau Foo [YTF].

Keistimewaan Menjadi ejen kami ialah :

1- Pastinya produk YTF yang dijamin HALAL statusnya.

2- Setiap bakal ejen / Peniaga akan mendapat harga khas sebagai pemborong.

3- Hikmah Food Specialities menawarkan variasi produk yang banyak hingga lebih 34jenis.

4- Minimum pembelian pertama hanya dari RM100.00 hingga ke RM200.00 sahaja. Kami memberikan peluang kepada sesipa sahaja yang komited untuk memulakan perniagaan.

5- Untuk penghantaran di luar kawasan Selangor, Syarikat Hikmah Food akan menghantar barangan yang di oder tadi mengikut jadual penghantaran barang yang telah sedia ada.

6- Tunggu apa lagi? Berminat, hubungi kami, klik Di link ini untuk detail sebut harga, alamat dan maklumat yg lain.

Sejarah Awal penubuhan Syarikat Hikmah Food.

Assalamualaikum.. Sebagai pengenalan awal, adalah lebih baik sekiranya kita mengenali Syarikat Hikmah Food Specialities Sdn.Bhd ini secara ringkasnya.

Adalah sesuatu yang membanggakan apabila seorang lagi bumiputera Melayu mampu maju kehadapan dalam perniagaan beliau yang berasaskan surimi > Produk Yong Tau Foo. Seperti yang kita maklumi Yong Tau Foo amat sinonim dengan makanan tradisi Cina.

Apa yang membuatkan Yong Tau Foo Hikmah ini istimewa kerana keistimewan pengusahanya sendiri. Beliau yang saya maksukan ialah En.Syed Abdullah Sye Hassani, 49, berkelulusan Sarjana Perniagaan [MBA]dengan pengkhususan kewangan Bachelor Sains Perniagaan tani & Diploma Pertanian. Dahulunya beliau merupakan golongan Korporat, beliau pernah berkerja sebagai Pegawai pelaburan [ Lembaga Tabung Angkatan Tentera ], Ketua Jabatan Kewangan Korporat [Kumpulan Utusan Melayu], dan yang terakhir sebagai Pegawai eksekutif kanan Perancang Korporat [ KLCC Holdings ].

MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOO

Kenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI

Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.

Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.

Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya.

"Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.

"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.

Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.

"Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.

BERPINDAH KE TEMPAT BARU

Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan pada bulan April 2010 ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.

Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.

Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.

Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.